Lelaki Ini Kongsi Cara Lembutkan Hati Pasangannya…Dulu Asal JumpaMesti Gaduh, Sekarang Siap Landing

Saat bercinta, memang semua terasa indah. Namun, kita hanya akan mengenali pasangan sepenuhnya setelah berkahwin. Membayangkan kehidupan rumah tangga yang terlalu bahagia tanpa ada sebarang ujian mungkin hanya ada di dalam drama atau filem sahaja. Realitinya, setelah bergelar suami isteri kita pasti melalui pelbagai asam garam rumah tangga. Salah satunya, berhadapan dengan pasangan yang keras kepala atau ego. Mungkin juga dalam hal ini suami isteri sama-sama perlu berubah untuk keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Setelah cuba bertolak ansur atau pelbagai cara lagi dilakukan namun masih juga berlaku tikam lidah, tidak sependapat atau salah faham. Terasa seperti pasangan susah mendengar kata, apa sahaja yang dikata, pasti dibangkang. Jadi bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati pasangan kita? Satu petua yang dikongsikan oleh Afnan Rosli di laman facebook yang mendapat hampir 30 ribu share dalam masa beberapa jam boleh dijadikan panduan untuk anda.